Wednesday, April 27, 2016

Khidmat Bantu PSS

Pada 5 dan 6 April yang lalu, pihap sekolah telah menerima kehadiran Encik Zafferey bin Mohd Ariff, dan Puan Noorlidza binti Mahfodz iaitu PTP PKG Alor Janggus serta Puan Normiza binti Ramli PTP PKG Pokok Sena. Mereka sudi hadir memberi khidmat bantu untuk meningkatkan lagi pengurusan Pusat Sumber Sekolah dengan menaik taraf beberapa ruangan dan sudut-sudut bacaan di dalam pusat sumber.

Program khidmat bantu ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir jam 4.00 petang selama dua hari tersebut. Antara sudut yang dinaik taraf ialah Galeri Diraja, Sudut NILAM, Story Corner, Sudut ASEAN, Ruang Karel dan Melabel Rak dengan Sistem Perpuluhan DEWEY serta mewujudkan beberapa fail pengrusan PSS.

Pihak sekolah merakamkan ribuan terima kasih kepada semua PTP PKG Alor Janggus dan PTP Pokok Sena yang banyak menyumbang tenaga dan idea sepanjang 2 hari tersebut.





No comments:

Post a Comment