Wednesday, August 31, 2016

Solat Hajat dan Dhuha

Tarikh : 03 Ogos 2016
Tempat : Surau Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga
Masa : 7.30 pagi

Sasaran : Semua murid Tahun 6 dan Guru
Imam : Ustaz Iswardi bin Ahmad Ismara


Alhamdulillah, bersukur kepada Illahi dengan izinNya dapat memberi kesempatan kepada semua warga sekolah SKST menjalankan rutin harian pada setiap hari Rabu khas untuk murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. 

Aktiviti pada setiap hari Rabu ini akan dimulai dengan bacaan Yasin yang dipimpin oleh guru-guru Pendidikan Islam dan juga Cikgu Zolkefali bin Hj. Hanafi mengikut jadual yang telah ditetapkan. Selepas majlis bacaan yasin murid akan melaksanakan solat Hajat dan solat Dhuha sebelum meneruskan aktiviti pembelajaran seperti biasa.

Semoga dengan berkat doa dan usaha ini akan membolehkan semua warga SKST dapat menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Insyaallah...






No comments:

Post a Comment