Thursday, February 20, 2014

Motivasi Jati Diri Murid Tahun 6 Bersama Waris 2014

Program Motivasi Jati Diri Murid Tahun 6 Bersama Waris 2014 telah diadakan pada 18 Februari 2014 baru-baru ini. Program motivasi ini bermula pada jam 11.00 pagi hingga 1.30 petang bertempat di Bilik Kemahiran Hidup. Program ini merupakan anjuran bersama antara Unit Bimbingan Kaunseling dan Jawatankuasa Peningkatan Tahun 6. Seramai 51 orang murid Tahun 6 dan yang terlibat dalam program ilmu ini.

Antara matlamat program ini adalah:
  • mampu melahirkan murid-murid yang berkeebolehan dan berdikari dalam apa jua situasi.
  • sebagai persediaan awal murid-murid tahun 6 bagi menghadapi Peperiksaan UPSR pada blan September nanti.
  • mengajar murid-murid supaya yakin dengan kebolehan yang dikurniakan Allah S.W.T. kepada hambanya.
  • Menyedarkan murid-murid betapa pentingnya ilmu yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka.
  • Membentuk sahsiah diri serta menjana kecemerlangan akademik selaras dengan hasrat kementerian untuk melahirkan modal insan yang berkualiti.
  • Mengeratkan hubungan siraturahim antara murid-murid dan ibu bapa.

Dalam program motivasi kali ini, Encik Shahrul Azhar bin Mohd Yunus (Penceramah Motivasi) telah dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan motivasi pada hari tersebut. Banyak maklumat yang disampaikan kepada para pelajar dan waris untuk dikongsikan bersama.


Jawatankuasa Pendaftaran siap sedia untuk membuat pendaftaran peserta motivasi.
Cikgu Mohd Ehsan yang mengendalikan majlis pada hari tersebut

Encik Shahrul Azhar bin Mohd Yunus memulakan sesi motivasi

Para peserta motivasi sedang mendengar maklumat yang disampaikan

Ucapan penutup program motivasi oleh Cikgu Mohd Ehsan.



No comments:

Post a Comment