Thursday, February 20, 2014

Kenduri Kesyukuran

Alhamdulillah...

Pada hari Selasa yang lalu bersamaan 18 Februari 2014, pihak sekolah menerima sumbangan makanan tengahari  dan minuman (Nasi dan Gulai Daging) yang disampaikan oleh salah seorang waris dari Kampung Besar Padang Hang. Beliau telah memberikan makanan ini kepada semua murid dan warga sekolah pada hari tersebut.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyampaian makanan tersebut. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya niat dan perbuatan baik ini. Semoga Allah akan sentiasa memurahkan rezeki dan memberi kesihatan yang baik kepada hamba-Nya yang sentiasa membuat kebaikan. Insyaallah....


Pemberi Sumbangan (Kenduri)


Cikgu Samsuddin membantu memberi makanan kepada murid-murid.

Cikgu-cikgu lain yang turut membantu.

Guru juga menerima makanan tersebut. Alhamdulillah...


No comments:

Post a Comment