Saturday, April 26, 2014

Seminar Integriti Warga Pendidik (SIWP) Kementerian Pendidikan Malaysia

Alhamdulillah,
Selesai sudah seminar integriti yang dianjurkan oleh PPD Kota Setar pada hari ini (26 April 2014). Seminar ini telah diadakan di Dewan Al-Farabi Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman (BTPN). Seminar bermula pada jam 8.00 pagi. Para peserta yang hadir terus membuat pendaftaran dan menikmati sarapan pagi di kafeteria BTPN. Seminar bermula pada jam 8.40 pagi yang disampaikan oleh En. Baharom bin Hassim iaitu Penolong PPD Fasilinus PPD Baling Sik.

Sebanyak 13 buah yang terlibat dalam seminar ini. Terima kasih kepada semua guru SKST yang dapat menghadirkan diri dalam seminar yang dianjurkan ini. Seramai 28 orang guru SKST yang hadir (100%). Banyak maklumat yang disampaikan dalam seminar ini. Seminar yang dijalankan secara berterusan tanpa rehat ini berakhir pada jam 12.15 tengah hari. Sebelum pulang, para peserta diedarkan sebungkus nasi dan air mineral.

Sesi pendaftaran peserta seminar.

Menu sarapan pagi

Urusetia mengedarkan borang soal selidik penilaian sebelum sesi ceramah bermula.

Ketibaan Penceramah iaitu En. Baharom bin Hassim (Penolong PPD Fasilinus PPD Baling Sik)

Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Guru Malaysia.

Bacaan Doa (Ustaz dari SK Permatang Gunong)

Para peserta mengaminkan doa yang dibacakan.

Bacaan Ikrar yang diketuai oleh Guru Besar SK Sungai Baru

Para peserta seminar membaca ikrar dengan penuh bersemangat.

Sesi ceramah bermula.

Para peserta memberi perhatian terhadap ceramah yang disampaikan

Urusetia merekodkan kehadiran melalui sistem online.

Menu makan tengah hari iaitu nasi ayam masak merah, acar timun dan air mineral.


No comments:

Post a Comment