Wednesday, April 23, 2014

SKST Naib Johan Pertandingan Bercerita Tahap 1

Pertandingan Bahasa Melayu Peringkat PKG Alor Janggus telah diadakan di SK Hj Mohd Shariff pada 21 April yang lalu. Pertandingan bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Antara kategori pertandingan yang diadakan ialah Bercerita Tahap 1 dan 2, Pidato Tahap 2, Mendeklamasi Sajak Tahap 2 dan Mendeklamasi Syair Tahap 1. Sekolah kita teleh menghantar beberapa orang peserta. Mereka ialah:

1. Nur Farah Izzati bt. Khalid (Bercerita Tahap 1 - Si Tanggang Anak Derhaka)
2. Nur Aufa Awatif bt. Azmir Helmi (Syair Tahap 1)
3. Zarifah bt. Mohd Zamri (Bercerita Tahap 2 - Si Tanggang Anak Derhaka)
4. Nurul Khaisatul Anis bt. Kassim (Sajak)

Alhamdulillah, dapat juga peserta daripada sekolah kita yang berjaya memenangi tempat kedua dalam pertandingan bercerita Tahap 1. Peserta yang dimaksudkan ialah adik Nur Farah Izzati bt. Khalid yang telah menyampaikan cerita tentang "Si Tanggang Anak Derhaka".

Diucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang mengambil bahagian pada hari tersebut. Walau pun anda kurang bernasib baik, anda tetap seorang murid yang hebat kerana berani berhadapan yang bersaingan dengan murid-murid dari sekolah yang lain. Jadikan ini sebagai satu pengalaman untuk anda menjadi orang yang lebih berjaya pada masa hadapan.

Terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru yang terlibat dalam membuat persediaan peserta-peserta tersebut iaitu :

1. Pn Nora'ini bt Zainun
2. Hj. Zolkafeli b. Hj. Hanafi
3. En. Ismail b. Ibrahim.

Para peserta sabar menunggu giliran bercerita.
Adik Nur Aufa Awatif bt. Azmir Helmi peserta Syair Tahap 1

Adik Zarifah bt. Mohd Zamri  sedang menyampaikan cerita
yang bertajuk "Si Tanggang Anak Derhaka"
(Bercerita Tahap 2) 

Ucapan Perasmian Penutup oleh En. Kosim bin  Ahmad
(Penyelia HEM PPD Kota Setar)
Adik Nurfarah Izzati Khalid menerima hadiah tempat ke-2
Kategori Bercerita Tahap 1








No comments:

Post a Comment