Monday, May 12, 2014

Mesyuarat Acara Merentas Desa SKST B2014

Tarikh : 08 Mei 2014
Masa  : 1.15 Petang
Tempat : Bilik Gerakan SKST


Mesyuarat JK Merentas Desa telah diadakan seperti tarikh yang dinyatakan. Tujuan mesyuarat memberikan maklumat dan senarai tugas yang perlu dilaksanakan oleh guru-guru dan warga sekolah lain yang terlibat. Dalam mesyuarat ini, GB telah mencadangkan pemberian gula-gula sebagai ganti kepada kad di stesen check point yang ditetapkan.

En. Mohd Navawi b. Hamid (PKKK) memaklumkan bahawa murid-murid yang terlibat ialah murid tahun 3 dan 4 bagi kategori 4P dan 4L manakala murid tahun 5 dan 6 pula kategori 3P dan 3L. Laluan larian sejauh 3 km untuk kategori 3L (melalui Masjid Kg. Huma) dan laluan 3P dan 4L (rumah Encik Hashim) adalah sama (2.5 km). Jarak larian  terpendek sejauh 2 km untuk kategori 4P (laluan rumah Ustazah Ruzaini).

Dalam mesyuarat ini juga dimaklumkan tentang pengurusan data sekolah oleh Encik Aminuddin b. Hj Abidin. Beliau memaklumkan tentang sistem pemarkahan SAPS. Markah tahun 5 dan 6 perlu dimasukkan melalui sistem ini. Manakala tahun 1, 2, 3 dan 4 tidak diwajidkan memakukan markah melalui sistem ini. Selain itu, beliau memohon guru-guru yang berkaitan dengan sistem online ini perlu mengambil tindakan yang proaktif iaitu dengan menyiapkan maklumat yang diperlukan lebih awal daripada tarikh tutup sistem omline yang berkaitan. Beliau sekali lagi memohon markah LINUS tahun 1, 2, dan 3 perlu dimasukkan sebelum 12 Mei 2014.

Mesyuarat pada kali ini juga membincangkan tentang Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Senarai tugas dan jawatankuasa diedarkan kepada semua guru dan staf. Mesyuarat memutuskan sambutan Hari Guru Perinkat Sekolah diadakan pada 18 Mei 2014 (Ahad) iaitu sehari sebelum Peperiksaan Pertengahan Tahun. Mesyuarat juga memutuskan semua guru memakai pakaian batik bertemakan warna biru.

Guru Besar memaklumkan tentang petugas POT iaitu saudara Mohd Zahid. Beliau akan membantu Guru PSS dan Guru Data. Sebelum mesyuarat ditangguhkan GB mencadangkan untuk membuat uniform batik sekolah. Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan ini.





No comments:

Post a Comment