Sunday, May 18, 2014

Program Qiyamullail 2014

Bersyukur kepada Allah swt dengan keizinanNya dapat juga dilaksanakan satu lagi progam yang sangat bermakna untuk murid-murid tahun 6. Program yang dimaksudkan ialah program qiyamullail. Program ini merupakan program anjuran bersama Panitia Pendidikan Islam, Bimbangan & Kaunseling dan Jawatankuasa Peningkatan UPSR. Program telah dilaksanakan pada 15 dan 16 Mei 2014 iaitu pada hari Khamis dan Isnin.

Pada jam 10.00 pagi lagi persediaan sudah mula dijalankan dengan membersihkan surau dan tempat penginapan iaitu bilik SALC dan Bilik j-QAF. Botol air juga mula dibawa oleh para pelajar tahfiz pada jam 10.30 pagi. Botol-botol tersebut diletakkan di dewan sekolah.

Program bermula pada jam 3.30 petang dengan pendaftaran para peserta. Semua murid daripada Tahun 6 telah menghadirkan diri ke program ini (51 orang). Selepas pendaftaran murid-murid diberi taklimat program. Pada jam 4.30 petang, murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan seterusnya membuat persiapan diri dan menunaikan solat asar bersama pelajar tahfiz dan pelajaran INSANIAH.

Sebaik sahaja selesai solat asar, murid-murid menikmati minuman petang pada jam 5.30 petang di Bilik Kemahiran Hidup. Pada jam 6.30 petang murid-murid bergerak dalam kumpulan untuk menjalankan Latihan Dalam Kumpulan (LDK 1). Sesi permulaan ini, murid-murid didedahkan dengan pengenalan solat. Banyak input yang diperoleh. Lebih kurang 30 minit mendengar dan membuat aktiviti kumpulan, murid-murid membuat persiapan diri sebelum makan malam pada jam 7.15 malam.

Sebelum menunaikan solat maghrib murid-murid membacakan zikir munajat. Solat maghrib diimamkan oleh Ustaz Adham Al-Hafiz dari Maahad Tahfiz Al-Hikmah, Padang Siding, Pauh Perlis. Seterusnya murid-murid dan guru menunaikan solat insya dan solat sunat hajat.

Pada jam 9.30 malam murid-murid telah diberi ceramah oleh Ustaz Adham Al-Hafiz di dalam Bilik Kemahiran Hidup. Dalam sesi ceramah yang disampaikan ini pelbagai perkara telah disentuh dan dijelaskan dengan baik. Semoga semua murid dapat memperoleh dan mengamalkan ilmu yang disampaikan. Selama 1 jam 30 minit barulah ceramah ditamatkan dan memberi peluang kepada murid-murid membasahkan tekak untuk minum malam dan bergerak ke bilik penginapan bersama fasilitator dari  Maahad Tahfiz Al-Hikmah, Padang Siding dan Kolej INSANIAH.

JUMAAT 16 MEI 2014

Jam 4.30 pagi murid-murid sudah dikejutkan dan membuat persiapan diri untuk meneruskan Qiyamullail yang dipimpin oleh Ustaz Adham Al-Hafiz sehinggalah jam 6.00 pagi. Sebaik sahaja solat subuh, murid-murid tidak lagi diberi kuliah subuh tetapi mereka terus diarahkan ke padang untuk bersenam dan bermain bola sepak. Kemudian, murid-murid diminta membuat refleksi sepanjang program berlangsung.

Selepas refleksi kendiri ini, barulah murid-murid menikmati sarapan pagi. Mereka berkumpul di dewan dan meminta keizinan daripada pengarah program (Ustaz Azmir Helmi) untuk menikmati sarapan pagi. Murid membaca doa makan sebelum membuka selera.

Majlis penutup program diadakan pada jam 8.30 pagi di dewan sekolah. Doa dibacaan ole pelajar tahfiz dan ucapan Ustaz Adham Al-Hafiz. Beliau sangat-sangat berharap agar semua pelajar dapat mengamalkan amalan-amalan yang telah diterapkan dan tidak akan serik untuk mengikuti program seperti ini pada cuti- persekolahan. Majlis berakhir dengan ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Pn. Rosadah bt. Hashim.

Taklimat awal oleh Ustaz Azmir Helmi pada hari Ahad (Perhimpunan Mingguan)



Minum petang pada hari Khamis (5.30 petang)



Minum pagi

Persiapan sarapan pagi

Murid-murid bersarapan pagi




Bersiap sedia untuk pulang

Murid bergerak ke dewan sekolah untuk majlis penutup
Bacaan doa

Ucapan penutup oleh PK HEM

Barisan Fasilitator

Majlis bersalaman dengan fasilitor

Murid-murid bersalaman dengan fasilitator sebelum pulang.

No comments:

Post a Comment