Monday, May 19, 2014

Program Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Hari Guru merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh semua warga pendidik dan murid-murid. 

Kenapa?

Guru merupakan seorang insan yang terpenting selepas ibu bapa dalam kehidupan seseorang. Untuk mengenang dan menghargai jasa guru, pihak kerajaan telah mengistiharkan tarikh 16 Mei setiap tahun sebagai Hari Guru. Namun begitu, tarikh ini jatuh pada hari Jumaat tahun ini yang merupakan cuti umum bagi negeri Kedah. Oleh itu, sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada tahun ini diadakan pada 18 Mei 2014. Tema sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah Guru: Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi. Pelbagai program telah dirancang untuk memeriahkan hari yang amat teristimewa ini.

Program yang wajib dilakasanakan ialah perhimpunan rasmi. Dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu "Negaraku", "Guru Malaysia" dan Lagu Tema. Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar guru yang dipimpin oleh En. Md Daud b. Md Nor. Seterusnya En. Aminuddin b. Hj. Abidin membacakan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Semoga amat yang disampaikan ini dapat memberi semangat baru kepada guru untuk terus menabur bakti kepada pelajar dan negara. Majlis memotong kek sempena hari guru kali ini disempurnakan oleh Tuan Guru Besar iaitu En. Md Daud b. Md Nor.

Selapas selesai perhimpunan rasmi ini, murid-murid diberi taklimat ringkas tentang acara yang akan berlangsung oleh Cikgu Ismail bin Ibrahim. Murid-murid dan guru membuat persiapan untuk melakukan aktivti sukaneka. Beberapa aktiviti sukaneka dan permainan telah dijalankan. Antaranya ialah menunggang basikal lambat (lelaki), petanque (lelaki dan perempuan) dan semakin jauh semakin sayang (perempuan). Sebaik sahaja selesai acara permainan ini, murid-murid diberi rehat sebelum acara seterusnya bersambung. Suasana sangat meriah dengan sorakan dan sokongan daripada murid-murid.

Sebelum bermulanya acara persembahan, murid-murid mula mengeluarkan hadiah dan mencari guru-guru yang menjadi sumber inspirasi mereka untuk diberikan hadiah. Pelbagai bentuk hadiah dapat dilihat pada hari tersebut begitu juga dengan kad ucapan. Pelbagai kata dan ucapan yang kreatif ditujukan kepada guru-guru. Semoga murid-murid ini akan menjadi penyambung generasi terhebat pada masa hadapan.


 
Pengacara Majlis (Ustaz Azmir Helmi) 

Nyayian lagu "Negaraku", "Guru Malaysia" dan Lagu Tema

Ikrar Guru dipimpin oleh Guru Besar

Ikrar Guru Malaysia

Membaca Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh En. Aminuddin b. Hj. Abidin


Murid-murid mendengan ucapan yang disampaikan

Pengawas siap sedia untuk menyampaikan cenderahati daripada pihak sekolah

Cenderahati disampaikan oleh Adik Amni kepada PK HEM

Cenderahati disampaikan oleh Adik Intan kepada Cikgu Ismail

Majlis memotong Kek Hari Guru oleh Guru Besar



Guru Besar juga menyertai pertandingan basikal lambat
PKKK juga turut serta dalam pertandingan basikal lambat



Acara semakin jauh semakin sayang

Acara petanque lelaki

Acara petanque berpasangan perempuan



No comments:

Post a Comment