Wednesday, September 17, 2014

Kem Bestari Solat Tahap 1 Fasa Ke-3

Tarikh : 05 September 2014
Masa : 7.45 pagi - 12.15 tengah hari
Tempat : Dewan Sri Bayu SKST

Anjuran : Panitia Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan j-QAF
Sasaran: Semua Murid Tahun 1, 2 dan 3


Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana dengan kezinanNYA dapat juga dilaksanakan program kem Bestari Solat Fasa 3 ini dengan jayanya. Program yang bermula seawal jam 7.45 pagi dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta. Para peserta yang hadir diberi sebuah fail. Kemudian murid dibahagikan mengikut kumpulan. Sesi pendaftaran peserta tamat pada jam 8.30 pagi.

Sesi kedua bermula pada jam 8.30 pagi. Sesi yang dimaksudkan ialah Taklimat Kem Bestari Solat dan Kem Komanden yang dikendalikan oleh Puan Rufaidah bt. Ahmad iaitu Guru j-QAF SKST. Pada masa ini, murid-murid telah ditempatkan mengikut kumpulan masing-masing. Kemudian, murid-murid melihat tayangan cd tentang cara-cara mengambil wuduk dan bersolat. Tayangan berlangsung selama sejam. Murid diberi rehat pada jam 10.00 pagi.









 Sesi seterusnya terbahagi kepada 3 bahagian iaitu LDK 1 (niat dan doa wuduk), LDK 2 (bacaan dalam solat) dan LDK 3 (amali solat). Setiap sesi LDK ini dikendalikan oleh guru yang ditetapkan. Aktiviti dijalankan di kelas, dewan dan surau.




Foto di atas merupakan antara aktiviti LDK yang dijalankan. Sesi ini dijalankan sehingga murid bersurai pada jam 12.15 tengah hari.


AJK Kem Bestari Solat Fasa 3 (Tahap 1)


Pihak sekolah merakamkan setingg-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru dan juga jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

No comments:

Post a Comment