Wednesday, September 17, 2014

Program Bacaan Yasin Perdana dan Solat Hajat UPSR 2014

Tarikh : 07 September 2014
Masa : 03.00 Petang
Tempat : Masjid Kampung Hutan, Simpang Tiga Padang Hang

Anjuran :
Panitia Pendidikan Islam, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jawatankuasa Penungkatan UPSR


Tanggal 07 September 2014, telah diadakan Program Bacaan Yasin Perdana dan Solat Hajat UPSR 2014 bersama waris SKST. Program yang dijalankan di Masjid Kampung Hutan telah berjalan dengan lancar. Imam masjid tersebut yang mengetuai perjalan majlis. Semua murid tahun 6 dan para waris hadir pada hari tersebut. Majlis dimulakan dengan aluan ucapan pengerusi majlis dan diikuti dengan bacaan Yasin, Solat Hajat dan Solat Asar yang dipimpin oleh Tuan Imam Masjid Kampung Hutan. Setelah selesai solat Asar, para jemputan menikmati jamuan yang disediakan.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana telah mempermudahkan perjalan majlis pada hari tersebut. Semoga doa yang dihajati akan diberkati oleh Allah S.W.T.

Pihak sekolah merakamkan setinggi penghargaan kepada Tuan Imam Masjid Kampung Hutan, Jawatankuasa Masjid, para guru dan para waris dan semua murid yang hadir dapam menjayakan majlis pada hari tersebut. Diharapkan para calon UPSR SKST dapat menduduki peperiksaan dengan tenang dan tabah serta mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Insyaallah, Allah sentiasa mendengari doa umatNYA.












No comments:

Post a Comment