Thursday, February 20, 2014

Bacaan Ikraq Bahasa Inggeris

Aktiviti Bacaan Ikraq Bahasa Inggeris pada hari ini (Khamis 20 Feb. 2014) telah dikendalikan oleh Pn. Vasuntha a/p Balakrishnan dan dibantu oleh Cikgu Azlina bt. Aziz @ Khalid. Murid-murid diminta membaca buku teks mengikut tahun masing-masing. Kemudian mereka diminta membaca di hadapan dewan. Sebarang kesalahan sebutan segera diperbetulkan oleh Pn. Vashuntha dan Pn. Azlina.

Program ini bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 7.45 pagi. Kemudian guru bertugas mengambil kehadiran murid untuk direkodkan ke dalam sistem online. Aktiviti bersurai pada jam 7.50 pagi.




Guru Bertugas mengambil kehadiran murid.

No comments:

Post a Comment