Wednesday, April 23, 2014

Program Motivasi Tahun 6

Tarikh : 21 April 2014
Tempat : Bilik Tayangan SKST
Masa : 11.00 pagi
Penceramah : Pn. Fazilah bt. Md Taib (Kaunselor Bimbingan dan Kaunseling SMK GUnong)
Sasaran : Semua Murid Tahun 6
Kehadiran :
Tahun 6S : 31/31
Tahun 6T : 18/21





Cikgu Mohamad Ehsan b. Saad selaku guru tahun 6 mengendalikan majlis tersebut. Beliau memperkenalkan Pn. Fazilah yang merupakan bekas muridnya yang pernah belajar di SKST.



Seperti biasa, Ustaz Azmir Helmi b. Abd Halim mengetuai bacaan doa bagi mendapatkan keberkatan dan keredaan Allah sepanjang majlis ini berlangsung.



Murid-murid tahun 6 yang hadir mendengar taklimat awal yang disampaikan oleh Cikgu Mohamad Ehsan.



Pn. Fazilah bt. Md Taib mula menyampaikan ceramah. Beliau memperkenalkan diri dan latar belakang pendidikannya bermula dari sekolah rendah sehinggalah bergelar seorang guru.




Murid-murid tahun 6 memberi sepenuh perhatian terhadap ceramah yang disampaikan. Tip-tip yang diberikan dicatat dalam nota sebagai panduan.


Pihak sekolah merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Peningkatan dan Unit Kaunseling kerana telah menganjurkan program motivasi ini. Terima kasih juga diucapkan kepada penceramah jemputan iaitu Pn. Fazilah bt. Md Taib iaitu Kaunselor Bimbingan dan Kaunseling SMK Gunong. 

Semoga usaha yang dirancangkan ini akan diberkati Allah swt. Insyaallah.





No comments:

Post a Comment